PENGENALAN / LATAR BELAKANG JABATAN
Jabatan Radiologi adalah salah satu jabatan di dalam Direktori Perkhidmatan Diagnostik & Sokongan Klinikal. Peranan utama Jabatan Radiologi ialah memberi perkhidmatan diagnostik dan intervensional yang sesuai, tepat, selamat, bermutu dan efisien kepada pesakit. Ini termasuk penggunaan modaliti-modaliti yang menggunakan sinaran mengion (x-ray) mahupun modaliti-modaliti lain seperti MRI dan ultrasound. Jabatan Radiologi juga turut bekerjasama dengan jabatan-jabatan lain di hospital dan fasiliti-fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang lain untuk memastikan perkhidmatan kesihatan negara dapat dicapai mengikut piagam jabatan, kementerian dan aspirasi negara.
FUNGSI / PERKHIDMATAN
Jabatan Radiologi Pusat Jantung Sarawak bertanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan kepada pesakit daripada wad-wad, klinik pakar, Unit Kecemasan & Trauma dan dewan bedah. Perkhidmatan radiologi di jabatan ini lebih memfokuskan pemeriksaan radiologi untuk perkhidmatan kardiovaskular, namun jabatan ini juga turut menyediakan pemeriksaan radiologi am.
SKOP PERKHIDMATAN:
- Menyediakan/memberikan perkhidmatan pemeriksaan radiologi untuk pesakit dalam/ luar.
- Menyediakan/memberikan perkhidmatan pemeriksaan radiologi untuk pesakit luar yang dirujuk dari fasiliti-fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia.
Antara perkhidmatan pemeriksaan radiologi yang disediakan adalah seperti:
| · Radiografi Am | · Tomografi Berkomputer (CT Scan) |
| · Angiografi | · Fluroskopi Am |
| · Pengimejan Resonan Magnetik (MRI) | · Ultrasound |



