UNIT PENGURUSAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN

Pengenalan

Fungsi utama unit ini untuk menyelaras dan mentadbir Penolong Pegawai Perubatan Pusat Jantung Sarawak. Sejak perkhidmatan jantung berpindah dari Hospital Umum Sarawak pada 1 Januari 2011 ke Pusat Jantung Sarawak ( di kenali SIMC ketika itu) unit ini telah menyelaras dan mentadbir segala urusan Penolong Pegawai Perubatan. Semua Penolong Pegawai Perubatan yang bertugas di Pusat Jantung Sarawak terdiri dari unit-unit kardiologi, pembedahan kardiotorasik, kardiotorasik anestesiologi dan perfusi, kecemasan dan trauma dan juga hemodialisis adalah dibawah pentadbiran unit ini. Setiap unit-unit itu pula ada ketua yang bertanggungjawab atas pentadbiran yang di ketuai oleh Ketua Penolong Pegawai Perubatan khusus untuk penolong pegawai perubatan saja. Anggota bagi Penolong Pegawai Perubatan di Pusat Jantung Sarawak ini masih belum mencukupi oleh itu ianya akan bertambah dari masa kesemasa dan perubahan dari degi gred juga akan berubah.

 

Pencapaian dan Bebankerja

Semua pencapaian dan bebankerja dari unit-unit yang berkaitan dengan Penolong Pegawai Perubatan adalah pencapaian dan bebankerja bagi unit ini. Segala statistik dan laporan bulanan bergantung dengan laporan dari setiap unit yang berkaitan. Sementara itu CME di unit-unit berkaitan juga diadakan dengan Penolong Pegawai Perubatan yang memberi ceramah dan juga dari pakar-pakar dari jabatan yang ada di Pusat Jantung Sarawak ini.

 

CARTA ORGANISASI

UNIT PENTADBIRAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN

PUSAT JANTUNG SARAWAK, KOTA SAMARAHAN