UNIT PEMULIHAN CARAKERJA

PENGENALAN

Perkhidmatan Pemulihan Carakerja di Pusat Jantung Sarawak bermula tahun 2011 di mana hanya seorang Jurupulih Perubatan Carakerja  dan sehingga sekarang seramai 2 Pegawai Pemulihan Perubatan Carakerja dan 2 orang Jurupulih Perubatan Carakerja .Secara umum berkenaan Perkhidmatan Pemulihan Carakerja ia berfungsi melatih semula pesakit yang mempunyai masalah dari segi fiikal, mental dan sosial supaya mereka boleh berdikari dalam semua aspek kehidupan seharian dan kembali dalam masyarakat. Pesakit yang menerima perkhidmatan ini merangkumi kes kardiak dan geriatik .Jumlah pesakit yang mendapat rawatan di unit ini telah bertambah dari masa ke semasa.

 

VISI

Menyediakan Perkhidmatan Pemulihan Carakerja yang bersistematik, bertaraf antarabangsa dan mudah diperolehi di setiap peringkat sistem penjagaan kesihatan dalam meningkatkan kualiti kehidupan pelanggan.

 

MISI

Perkhidmatan ini diberikan oleh warga kerja yang berpengetahuan, berkemahiran dan mengamalkan nilai-nilai murni berdasarkan evidence based practice.

 

OBJEKTIF

  1. Untuk memastikan pelanggan dapat  Perkhidmatan Pemulihan  Carakerja yang selamat,  tepat dan berkesan.
  2. Untuk menyediakan satu garis panduan bagi menyediakan Perkhidmatan Pemulihan Carakerja pada tahap optimum melalaui kerjasama Ahli Kumpulan Perawatan multidisciplinary team - .
  • MDT ke arah penjagaan pesakit secara menyeluruh.
  • Untuk memastikan Pegawai Pemulihan / Jurupulih Carakerja sentiasa kompeten dari segi pengetahuan dan kemahiran dengan mengikuti program pembelajaran berterusan

 

PIAGAM PELANGGAN

  1. Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan dengan layanan yang mesra dan profesional. Segala maklumat pesakit adalah dirahsiakan.
  2. Setiap pelanggan akan diberi penerangan yang jelas mengenai program pemulihan yang akan dilaksanakan.
  3. Setiap pelanggan akan diberikan rawatan pemulihan dalam masa 30 minit selepas pendaftaran dan rawatan diberi mengikut temujanji.
  4. Setiap pesakit dalam yang dirujuk akan diberi perkhidmatan dalam masa 24 jam hari bekerja.
  5. Setiap pesakit luar akan diberi rawatan pemulihan dalam masa 3 hari bekerja.
  6. Pesakit akan diberi laporan kemajuan kepada Pegawai Perujuk berkenaan semasa rawatan susulan mengikut keperluan

 

SKOP PERKHIDMATAN

BIDANG

PENGKHUSUSAN

Pemulihan Carakerja di bidang Kardiak 

Pesakit Luar

Pesakit Dalam

Pemulihan Carakerja di bidang Geriatrik

Pesakit Luar

Pesakit Dalam

 

Antara perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan bagi disiplin Fizikal ialah :

  1. Cardiac Rehab Programme(CRP)
  2. Penilaian dalam keberdikarian dari aspek aktiviti kehidupan seharian.
  3. Penilaian dari aspek kefungsian tangan.
  4. Penilaian kefungsian mental dari aspek kognitif dan perceptual.
  5. Penilaian dari aspek keupayaan untuk bekerja.
  6. Program latihan aktiviti kehidupan seharian.
  7. Penyediaan splint bagi bahagian atas dan bawah badan.
  8. Program Terapi Relaksasi
  9. Program pendidikan bagi pesakit dan penjaga.

 

CARTA ORGANISASI

JADUAL PERKHIDMATAN

Isnin Hingga Jumaat

8.00 pagi - 5.00 petang

Rehat 1.00 petang - 2.00 petang (Isnin - Khamis)

Rehat 11.45 petang - 2.15 petang (Jumaat)

Sabtu dan Ahad

Cuti Rehat

 

HUBUNGI :

Norhayati Bt Noordin

Ketua Unit Pemulihan Carakerja

TEL: 082-668245

CONTOH AKTIVITI PEMULIHAN CARAKERJA

  1. PESAKIT KARDIAK

2. PESAKIT GERIATRIK