UNIT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

PENGENALAN

Klinik Kakitangan Sejahtera ditubuhkan pada 6 Mei 2016, bertempat di Aras 2, bersebelahan Unit Kawalan Infeksi (Infection Control Unit).  Klinik ini dikendalikan oleh 3 orang kakitangan sahaja iaitu Pegawai Perubatan yang menguasa Dr. Joyoki Chen, KJ Annake Anak Henry dan JM Siti Hanafiah Binti Ahmad.

Objektif:

  • Objektif bagi penubuhan Klinik Kakitangan Sejahtera adalah untuk memberi perkhidmatan rawatan perubatan kepada kakitangan Pusat Jantung Sarawak (PJS) serta tanggungan yang berkelayakan.
  • Untuk memberi galakan dan kesedaran kepada kakitangan Hospital agar sama-sama terlibat dalam penjagaan kesihatan diri sendiri.

Fungsi Utama:

  • Pemeriksaan berkala/ berjadual bagi kakitangan.
  • Penyampaian perkhidmatan secara efisyen untuk memastikan kesihatan individu dan masyarakat terpelihara.
  • Untuk mengekalkan status kesihatan melalui penyampaian maklumat dan pendidikan kesihatan.
  • Berkongsi rekod kesihatan dan pelan rawatan yang diberikan

Perkhidmatan-perkhidmatan:

  • Memberi perkhidmatan perubatan kepada kakitangan PJS serta tanggungan termasuk lah:
    • Semua staf yang berkhidmat di Pusat Jantung Sarawak (PJS).
    • Ahli keluarga terdekat seperti suami/isteri, anak-anak yang berumur 21 tahun kebawah (termasuk yang masih ber sekolah).
    • Kes-kes kecemasan mestilah di rujuk ke Unit Kecemasan dan Trauma PJS.Semua staf atau ahli keluarga yang hadir ke Klinik Sejahtera Kakitangan dinasihatkan untuk membawa Kad Pesakit Luar (OPD Card) atau Buku Saringan Kesihatan masing-masing bagi tujuan dokumentasi kesihatan.
  • Saringan Kesihatan warga kakitangan (Health Screening Program), terutama kakitangan yang berumur 40 tahun dan ke atas ( setiap tahun)
  • Saringan TB (TB Screening Program) untuk yang berisiko.
  • Menjalankan saringan Hepatitis B dan program vaksinasi Hepatitis B bagi kakitangan.
  • Memberi vaksin typhoid kepada semua staf Unit Dietetik & Sajian setiap 3 tahun.
  • Memberi vaksin influenza kepada Unit Kecemasan & Trauma (Frontliner)  Pusat Jantung Sarawak setiap tahun.

Waktu Klinik/ Waktu beroperasi:

  • Setiap hari Isnin hingga Khamis bermula 8pagi hingga 5petang (waktu rehat 1petang hingga 2petang)
  • Hari Jumaat bermula 8pagi hingga 5petang(waktu rehat 12tgh hingga 2petang)
    • Klinik dibuka untuk pendaftaran bermula dari jam 8.00 pagi
    • Selepas proses pendaftaran, staf dikehendaki menunggu sehingga nama dipanggil untuk berjumpa dengan pegawai perubatan yang bertugas.
    • Slip Perubatan/Masa atau Sijil Sakit akan diberikan kepada staf yang layak dan hendaklah diberikan serta merta kepada Ketua Jabatan/Unit masing-masing (Perlu di isi dalam HRMIS Cuti sakit masing-masing).