UNIT KEJURUTERAAN

Tanggungjawab Unit Kejuruteraan Operasi Hospital, Pusat Jantung Sarawak

  1. Mengawal selia pelaksanaan penswastaan Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) oleh syarikat konsesi (One Medicare Sdn. Bhd.)  supaya mematuhi  keperluan Perjanjian Konsesi.
  1. Memberikan khidmat nasihat teknikal dan mencadangkan langkah penyelesaian terhadap aduan berkaitan Perkhidmatan Sokongan Hospital.
  1. Skop Perkhidmatan Sokongan Hospital :-

 

  • Facility Management Services (FMS)

Mengawal selia pengurusan dan penyelarasan PSH yang merangkumi  Facilities Engineering Maintenance Services (FEMS), Biomedical  Engineering Maintenance Services (BEMS),  Linen & Laundry Services (LLS),  Healthcare Waste Management Services (HWMS) and Cleansing Services bagi memastikan Hospital Kontrak dapat beroperasi dengan baik dan selamat.

 

  • Facilities Engineering Maintenance Services (FEMS)

Mengawal selia penyelenggaraan semua sistem kejuruteraan  mekanikal dan elektrik  serta sistem kejuruteraan awam termasuk bangunan,  jalan, longkang, bekalan air, sistem pembetungan  paip kebersihan  serta tanah dan landskap di Hospital Kontrak.

 

  • Biomedical Engineering Maintenance Services (BEMS)

Mengawal selia penyelenggaraan semua peralatan bioperubatan dan peralatan lain yang berkaitan dan bersekutu yang akan digunakan di Hospital Kontrak.

 

  • Cleansing Services (CLS)

Mengawal selia pembersihan wad, klinik dan kawasan-kawasan lain di dalam Hospital Kontrak termasuk pembersihan dewan bedah, makmal, farmasi dan kawasan sekeliling Hospital Kontrak.

 

  • Linen & Laundry Services (LLS)

Mengawal selia pengumpulan linen, pemprosesan dobi, pengedaran dan bekalan linen di Hospital Kontrak.

 

  • Healthwaste Management (HWMS)

Mengawal selia pengumpulan, penyimpanan, pengangkutan, rawatan dan pelupusan sisa di Hospital Kontrak.

 

OBJEKTIF UNIT KEJURUTERAAN (KAWALSELIA) HOSPITAL

 

  1. Menyedia dan memantau perlaksanaan program perkhidmatan sokongan hospital secara menyeluruh.
  1. Untuk melindungi kepentingan Kementerian Kesihatan Malaysia dan pengguna-pengguna hospital dengan memastikan keperluan di dalam Perjanjian Konsesi dipenuhi.
  1. Bagi memastikan perkhidmatan sokongan hospital diberikan secara selamat, cekap dan berkesan.

 

Carta Sumber Manusia Unit Kejuruteraan, Pusat Jantung Sarawak