UNIT KECEMASAN & TRAUMA

LATAR BELAKANG

-Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak merupakan sebuah hospital dibawah Hospital Umum Sarawak yang berteraskan perkhidmatan rawatan jantung khususnya dan perkhidmatan-perkhidmatan sokongan seperti Farmasi, ICT, Patologi, Radiologi dan sebagainya.

-PJHUS bertanggungjawab untuk membawa perkihdmatan rawatan penyakit jantung ke medan yang lebih maju dan berteknologi canggih. Pada tahun 2012 , PJHUS mula memberi perkhidmatan rawatan yang lain seperti rawatan Kanser, Urologi, Hemodialisis, Pergigian kanak-kanak dan sebagainya kepada rakyat.

-Sehubungan itu, PJHUS menggunakan sistem yang dibangunkan oleh sumber luar untuk memudahkan pengguna serta menjimatkan masa perkhidmatan oleh pihak kakitangan PJHUS.

-Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak telah dirasmikan oleh Perdana Menteri YAB Dato Seri Najib bin Tun Razak pada 16 Januari 2011. PJHUS adalah satu-satunya pusat pakar merawat penyakit kardiovaskular di seluruh negeri Sarawak yang mempunyai penduduk sebanyak 2.7 juta orang. Ia bukan sahaja merawat pesakit dari negeri Sarawak tetapi juga pesakit dari luar negeri.

-Heart Emergency Unit (HEU), Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak telah mula beroperasi sejak 1 Januari 2011 dan telah ditukar nama ke Unit Kecemasan & Trauma, Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak sejak Jun 2012, mengikut (Policy of Emergency Medicine and Trauma Service) (January 2012), semua pesakit yang datang ke Jabatan Kecemasan perlu diberi rawatan sewajarnya. Oleh yang demikian, Unit Kecemasan & Trauma, Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak telah menerima semua kategori kes yang datang mendapatkan rawatan.

-Nama Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak telah ditukar ke Pusat Jantung Sarawak pada 1 Januari 2016, dimana Pusat Jantung Sarawak telah mempunyai Pusat Tanggungjawab (PTJ)  sendiri dengan diketuai oleh Pengarah Hospital Pusat Jantung Sarawak.

 

OBJEKTIF

 

Objektif Unit Kecemasan & Trauma, PJS

-Menyediakan persekitaran yang kondusif kepada pesakit serta mempercepatkan proses pemulihan menerusi rawatan dan proses kejururawatan yang diselia. Menyediakan aktiviti sokongan yang sistematik dan teratur dengan menggalakkan sikap penyayang terhadap pesakit, saudara mara dan pelanggan.

 

Objektif khusus

-Menyediakan penjagaan pesakit yang mesra pelanggan dalam persekitaran yang penyayang.

-Memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada semua pelanggan sepanjang masa.

-Mengendalikan kursus orientasi kepada kakitangan unit.

-Mempastikan 95% daripada kakitangan unit menghadiri latihan.

-Mencapai 95% aktiviti yang dirancang dalam pelan tindakan tahunan yang telah ditetapkan.

-Mendokong semua objektif khusus jabatan-jabatan hospital yang telah ditetapkan.

-Memastikan segala perkhidmatan yang diberikan dilaksanakan dengan telus, teratur dan mengikut segala peraturan dan pekeliling-pekeliling semasa yang berkaitan.

 

SUMBER MANUSIA

Jumlah keseluruhan kakitangan yang bertugas di Unit Kecemasan & Trauma, Pusat Jantung Sarawak pada masa sekarang adalah seperti berikut :-

 

BIL JAWATAN JUMLAH
1 Pegawai Perubatan Yang Menguasa Unit UD52 1
2 Pegawai Perubatan UD44/UD41 19
3 Ketua Penyelia Jururawat U42 1
4 Penyelia Jururawat U36 1
5 Ketua Jururawat U32 2
6 Penolong Pegawai Perubatan U32 1
7 Penolong Pegawai Perubatan U32 (KUP) 1
8 Penolong Pegawai Perubatan U29 9
9 Jururawat U29 26
10 Pembantu Tadbir N17 2
11 Pemandu Kenderaan H11 7
12 Pembantu Perawatan Kesihatan U12 (KUP) 1
13 Pembantu Perawatan Kesihatan U3 6
  TOTAL 77

 

POLISI OPERASI UNIT KECEMASAN & TRAUMA, PJS :-

 

-Pusat Jantung Sarawak adalah hospital pakar jantung yang menyediakan sepenuhnya perkhidmatan kardiotorasik. Unit Kecemasan & Trauma ini menyediakan perkhidmatan kecemasan keutamaan untuk kecemasan jantung.

-Semua kes kecemasan selain dari kecemasan jantung akan dirawat mengikut polisi Hospital Daerah dan akan dirujuk ke Hospital Umum Sarawak mengikut protokol pemindahan pesakit.

-Semua kes bukan kecemasan dan pesakit yang stabil adalah dinasihatkan supaya mendapat rawatan di klinik pesakit luar yang berdekatan.

 

SKOP PERKHIDMATAN UNIT KECEMASAN & TRAUMA, PJS :-

  1. Rawatan kes kecemasan jantung.
  2. Rawatan kes kemalangan dan kecemasan yang lain.
  3. Rawatan kes-kes penyakit berjangkit.
  4. Perkhidmatan Ambulan (Pre-Hospital Care).
  5. Pengendalian kes-kes yang dirujuk dari Hospital lain, pengamal kesihatan lain, klinik swasta, dan sebagainya.
  6. Pengendalian kes-kes polis dan medico-legal.
  7. Pengendalian kes ‘Brought In Dead’ (BID).
  8. Perkhidmatan dan pengendalian bencana alam dan kemalangan yang berlaku di kawasan operasi.
  9. Menyediakan pasukan perubatan pada masa tertentu.

 

WAKTU BEROPERASI, UNIT KECEMASAN & TRAUMA,PJS :-

 

-Perkhidmatan Unit Kecemasan& Trauma, PJS adalah beroperasi selama 24 jam.

-Semua kategori kakitangan Unit Kecemasan & Trauma akan menjalankan tugas mengikut shif, iaitu 3 shif sehari :-

Shif AM          0700 hrs – 1400 hrs

Shif PM          1400 hrs – 2100 hrs

Shif Malam   2100 hrs – 0700 hrs

 

UNIT KECEMASAN & TRAUMA, PJS MEMPUNYAI FASILITI-FASILITI SEPERTI BERIKUT :-

  1. Kaunter triage.
  2. Kaunter Unit Hasil.
  3. Zon Hijau (1 Katil).
  4. Zon Kuning (2 Katil).
  5. Zon Merah (‘Resuscitation Bay’) (1 Katil).
  6. ‘Nursing Counter’.
  7. ‘Treatment cubicle’ (4 Katil).
  8. ‘Nebulisation Bay’.
  9. ‘Prosedure Room’ (1 Katil).
  10. Bilik POP / penjagaan ortopedik.
  11. Bilik OSCC.
  12. ‘Consultation Examination Room’ (1 katil).
  13. ‘Distress Relative Room’.
  14. ‘Equipment store Room’.
  15. Bilik pejabat untuk Pegawai Perubatan Menguasa Unit.
  16. ‘Failing Room’.
  17. Pantry berserta bilik mandi dan tandas untuk anggota (lelaki & perempuan).
  18. Ruang menunggu pesakit berserta tandas awam (lelaki, perempuan & OKU)
  19. ‘Ambulance Bay ‘– (Ambulan 3 buah & van Hati Ke Hati 1 buah).
  20. Tempat letak kenderaan untuk staf dan orang awam.

 

BEBAN TUGAS UNIT KECEMASAN & TRAUMA, PJS

 

-Unit Kecemasan& Trauma, Pusat Jantung Sarawak telah lama beroperasi serentak sejak pembukaan PJHUS. Pada masa kini penerimaan kes adalah tertumpu kepada kes-kes yang melibatkan penyakit jantung. Walaubagaimanapun bagi kes-kes lain, pengendalian serta-merta akan dilakukan dan seterusnya merujuk kes berkenaan ke Hospital Umum Sarawak untuk pengendalian selanjutnya menggunakan ambulan yang sedia ada.

-Berikut adalah jumlah kategori kes yang dikendalikan oleh Unit Kecemasan & Trauma, Pusat Jantung Sarawak sejak 2011.

Jumlah kedatangan pesakit berdasarkan tahun Kedatangan mengikut kategori zon Kedatangan mengikut jenis kes Jumlah kedatangan Purata Harian
Merah Kuning Hijau Bedah Paediatrik Trauma Perubatan Pusat krisis setempat Bukan Kecemasan
Rogol Liwat Penderaan Lain
2011 327 1456 1439 90 5 0 303 0 0 0 0 0 3222 8.83
2012 477 1453 2171 90 124 155 1560 0 0 0 0 2171 4101 11.24
2013 536 1536 5037 131 360 208 6218 0 0 0 0 2668 7109 19.48
2014 625 1953 7229 60 654 252 7892 0 0 0 0 6352 9807 26.87
2015 644 1952 9888 242 1196 504 10044 0 0 0 0 9401 12484 34.20
Jumlah 2609 8350 25764 613 2339 1119 26017 0 0 0 0 20592 36723 20.12

 

-Selain dari itu, Unit Kecemasan & Trauma ,Pusat Jantung Sarawak juga menyediakan perkhidmatan pengangkutan iaitu :-

-1,  Kes panggilan Ambulan (EMT).

  1. Pemindahan pesakit keluar / hantar ke Hospital Umum Sarawak.
  2. Perkhidmatan pengurusan.

 

-Berikut adalah laporan beban kerja perkhidmatan pengangkutan termasuk ambulans:-

Tahun

Perkhidmatan

 

Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis Total
2012 Jumlah Ambulance Dispatch 0 0 10 23 19 20 27 26 19 2 14 7 167

Van / pengurusan

 

75 75 70 71 68 64 65 71 70 65 55 75 824
Ambulance / transferred out pt 8 7 6 8 8 9 10 9 12 10 11 8 106
2013 Jumlah Ambulance Dispatch 23 12 21 4 16 8 28 20 30 25 32 43 262

Van / pengurusan

 

23 75 132 71 75 80 78 57 78 70 55 59 853
Ambulance / transferred out pt 23 12 21 4 16 11 25 32 36 23 29 25 257
2014 Jumlah Ambulance Dispatch 31 28 35 41 40 34 36 26 35 32 26 24 388

Van / pengurusan

 

62 48 64 85 65 71 61 57 33 56 75 62 739
Ambulance / transferred out pt 39 46 48 39 38 44 43 44 47 48 42 48 526
2015 Jumlah Ambulance Dispatch 30 29 39 41 38 35 26 40 41 42 50 32 443

Van / pengurusan

 

60 83 41 21 47 43 25 74 39 54 52 43 582
Ambulance / transferred out pt 37 44 59 49 54 46 65 67 34 49 51 68 623

 

CARTA ORGANISASI UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA, PUSAT JANTUNG SARAWAK