KLINIK KAKITANGAN SEJAHTERA

  • Latar Belakang Unit/ Pengenalan:

-Klinik Kakitangan Sejahtera (Staff Wellness Clinic PJS) ditubuhkan pada 6 Mei 2016, bertempat di Aras 2, bersebelahan Unit Kawalan Infeksi (Infection Control Unit).

  • Objektif:

-      Objektif bagi penubuhan Klinik Kakitangan Sejahtera adalah untuk memberi perkhidmatan rawatan perubatan kepada kakitangan Pusat Jantung Sarawak (PJS) serta tanggungan yang berkelayakan.

-       Semua individu mestilah menjadi lebih berpengetahuan dalam bidang kesihatan, dan perkhidmatan akan ditingkatkan supaya maklumat dan pengetahuan yang tepat dapat diberi.

-       Semua individu akan berupaya untuk sama-sama terlibat dalam penjagaan kesihatan dirinya sendiri.  Perkhidmatan yang akan membantu perpindahan pengetahuan dan kemahiran yang akan memperkukuhkan dan membolehkan individu dan keluarga mengurus kesihatan mereka sendiri.

  • Sumber manusia:
    • Pegawai Perubatan Menguasa : Dr Joyoki Chen
    • NS membantu: NS Annake Ak Henry
  • Fungsi Utama:
    • Pemeriksaan berkala/ berjadual bagi kakitangan
    • Penyampaian perkhidmatan yang penting dengan efisyen untuk memastikan kesihatan individu dan masyarakat terpelihara.
    • Memudahkan ‘self-enforcement/ self help’ bagi mengekalkan status kesihatan melalui penyampaian maklumat dan pendidikan kesihatan.
    • Berkongsi rekod kesihatan dan pelan rawatan yang diberikan.
  • Perkhidmatan-perkhidmatan:
    • Memberi perkhidmatan perubatan kepada kakitangan PJS serta tanggungan; termasuklah:
  1. Semua staf yang berkhidmat di Pusat Jantung Sarawak (PJS).
  2. Ahli keluarga terdekat seperti suami / isteri, anak-anak yang berumur 21 tahun ke bawah (termasuk yang masih bersekolah).
  3. Kes-kes kecemasan mestilah di rujuk ke Jabatan Kecemasan dan Trauma PJS.
  4. Semua staf atau ahli keluarga yang hadir ke Klinik Sejahtera Kakitangan dinasihatkan untuk membawa Kad Pesakit Luar (OPD Card) atau buku saringan kesihatan masing-masing bagi tujuan dokumentasi kesihatan.
  • Saringan Kesihatan warga kakitangan (Health Screening Program)
  • Saringan TB (TB Screening Program)
  • Program Vaksinasi Hepatitis B bagi kakitangan (Hepatitis B Vaccination Program)
  • Setiap hari Selasa akan berlangsung Klinik Berhenti Merokok untuk staf dan juga pesakit Pusat Jantung Sarawak.
  • Waktu Klinik/ Waktu beroperasi:
    • Isnin hingga Khamis : 8AM -  5PM (waktu rehat 1PM hingga 2PM)
    • Jumaat : 8AM - 5PM (waktu rehat 12PM hingga 2PM)
  1. Klinik dibuka untuk pendaftaran bermula dari jam 8AM setiap pagi.
  2. Selepas proses pendaftaran, staf dikehendaki menunggu sehingga nama dipanggil untuk berjumpa dengan pegawai perubatan yang bertugas.
  3. Slip Perubatan/ Masa atau Sijil Sakit akan diberikan kepada staf yang layak dan hendaklah diberikan serta merta kepada Ketua Jabatan / Unit masing-masing.
  • Maklumat Wad:
    • Tiada
  • Fasiliti:
    • Mengukur lilitan/ tinggi/ berat badan untuk kegunaan saringan kesihatan.
    • Hepatitis B Vaksinasi
    • Tuberculin Test
    • Perkhidmatan perubatan kepada kakitangan PJS serta tanggungan
  • Pencapaian:
    • Saringan Kesihatan bulanan sebanyak 50-75 orang staf berjaya dilakukan. Rekod bulanan bagi saringan kesihatan akan dihantar ke Unit KPAS Jabatan Kesihatan Negeri sarawak.
    • Saringan TB bagi kontak telah dilakukan sebanyak 2 kali iaitu pada bulan Jun dan September 2016. (Wad CCU, CRW, HEU, CTW, Rehabilitasi, Kardiologi )
    • Vaksin Hepatitis B telah diberikan untuk staf baru Pusat Jantung Sarawak (PJS).
  • Penyelidikan:
    • Tiada
  • Beban kerja:
    • Memberi perkhidmatan perubatan kepada kakitangan PJS serta tanggungan
    • Saringan Kesihatan warga kakitangan (Health Screening Program)
    • Saringan TB (TB Screening Program)
    • Program Vaksinasi Hepatitis B bagi kakitangan (Hepatitis B Vaccination Program)

PERKHIDMATAN PERUBATAN KEPADA KAKITANGAN HOSPITAL SERTA TANGGUNGAN

STATISTIK KEHADIRAN KAKITANGAN KE KLINIK 2016

BIL

BULAN JUMLAH KEHADIRAN BILANGAN HARI PURATA KEHADIRAN
1. MEI 68 17 4
2. JUN 167 18 9.3
3. JULAI 163 18 9.05
4. OGOS 224 22

10.2

PROGRAM SARINGAN KESIHATAN (HEALTH SCREENING) 2016

STATISTIK KEHADIRAN KAKITANGAN UNTUK SARINGAN KESIHATAN(HEALTH SCREENING) 2016

BIL BULAN JUMLAH KEHADIRAN BILANGAN HARI

PURATA KEHADIRAN

1. JUN 48 8 5.63
2. JULAI 57 12 4.75
3. OGOS 66 14 4.7

 

PROGRAM SARINGAN TB 2016

STATISTIK UJIAN MANTOUX 2016 (BAGI WAD CRW, WAD CCU & UNIT KECEMASAN, PJS)

BIL TARIKH JUMLAH SASARAN HADIR TIDAK HADIR POSITIF NEGATIF
1 13.6.2016 216 112 104 38 74

 

CARTA ORGANISASI