JABATAN UROLOGI

Latarbelakang Unit.

Subkepakaran urologi merupakan salah satu cabang direktorat surgery di mana ianya mengkhusus kepada system Genitourinari.  Unit Urologi, PJS adalah kesinambungan dari perkhidmatan Urologi dibawah Jabatan Urologi, Hospital Umum Sarawak, Kuching.

Perkhidmatan Urologi di PJS telah dimulakan sejak tahun 2011 tetapi ianya hanya melibatkan klinik Urologi sahaja.  Sejak tahun 2014, perkhidmatan ini ditambah dengan mengadakan Pembedahan Harian(Daycare Surgery) di fasiliti ini.

Namun sejak Ogos 2016, Unit urologi telah diberikan kepercayaan untuk memulakan perkhidmatan penuh di PJS.  Ini adalah dengan pewujudan Wad Urologi, Klinik Pesakit Luar Urologi dan Pembedahan Urologi. 

 

Objektif.

Untuk menyediakan kepakaran perubatan dan pembedahan secara professional berdasarkan sumber yang ada kepada semua pelanggan yang terlibat dengan Unit Urologi.

 

Sumber manusia.

Unit Urologi, PJS dikendalikan oleh:

  1. Seorang Pakar Perunding Urologi U54
  2. 2 orang Pegawai Perubatan U44
  3. Seorang Penolong Pegawai Perubatan U36
  4. Seorang Jururawat U32
  5. 6 orang Jururawat U29
  6. Seorang Jururawat U19

 

Fungsi Utama:

  1. Untuk menyediakan kepakaran rawatan perubatan dan pembedahan secara professional kepada semua pelanggan dengan masalah genitourinary termasuk:
    • Pesakit dalam di Wad Urologi
    • Pesakit luar di Klinik Urologi
    • Semua kes yang dirujuk dari Klinik yang berkenaan
    • Semua kes yang dirujuk dari Hospital yang berkenaan
  2. Menawarkan pelan rawatan invasif dan bukan invasif untuk semua pesakit kami yang menjalani pembedahan urologi.
  3. Bertindak selaku pusat rujukan bagi pelanggan dalam dan luar, menyediakan program latihan yang berterusan dan turut mengambil bahagian dalam kepentingan antara disiplin.
  4. Untuk mengekalkan perkembangan professionalisma kendiri dan penyelidikan berasaskan bukti.

Perkhidmatan-perkhidmatan:

  1. Klinik Pesakit Luar Am
  2. Klinik Impoten
  3. Wad Urologi
  4. Rawatan Pembedahan Harian Urologi
  5. Rawatan Pembedahan Major urologi
  6. Rawatan Pembedahan vascular akses untuk dialysis
  7. Rawatan ESWL
  8. Penyiasatan endoskopi/pengimbasan dan biopsi prostate

Waktu Klinik/ Waktu Operasi

Hari 8.00-13.00 13.00-14.00 14.00-17.00
Isnin PEMBEDAHAN HARIAN
Selasa Klinik Pesakit Luar - Endoscopy
Rabu PEMBEDAHAN UTAMA
Khamis Klinik Pesakit Luar - Endoscopy
Jumaat Klinik Impoten - Vaskular akses

Maklumat Wad

Wad Urologi bertempat di Level 7, Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan.  Buat masa ini ianya hanya menempatkan 6 buah katil untuk pesakit.

Fasiliti

  • Wad Urologi
  • Klinik Urologi Am
  • Klinik Impoten
  • Rawatan ESWL
  • Penyelidikan Urodinamik
  • Prosedur Endoskopi
  • Pembedahan Harian

Bebankerja.

Sehingga 2015 berakhir, berikut adalah bebantugas yang dijalankan di Unit Urologi, Pusat Jantung Sarawak.