JABATAN DIETETIK & SAJIAN

i. Latar Belakang Unit / Pengenalan

Jabatan Dietetik dan Sajian (JDS), Pusat Jantung Sarawak (PJS) terletak di Aras 1 di Blok Medikal. Ia bersebelahan dengan Stor Utama Farmasi dan Pejabat One-Medicare Services.
Jabatan ini mempunyai 11 orang anggota yang diketuai oleh Pegawai Dietetik U48 sebagai Ketua Jabatan. Kategori jawatan lain yang sedia ada ialah Pegawai Dietetik U41, Penolong Pegawai Penyediaan Makanan C29 dan C32 serta Pembantu Penyediaan Makanan N19 dan N1.

ii. Objektif

Objektif Umum:

Untuk memastikan perkhidmatan makanan dan perkhidmatan dietetik klinikal serta promosi kesihatan dilaksanakan secara profesional, berkualiti dengan mengutamakan pelanggan.

Objektif Khusus:

a) Untuk memastikan diet normal dan diet teraputik dibekalkan mengikut pesanan wad.
b) Untuk memastikan diet kelas satu dibekalkan untuk doktor bertugas atas panggilan, mengikut kelayakan.
c) Untuk memastikan khidmat ‘medical nutrition therapy’ bagi ‘oral diet’ serta ‘nutrition support’ diberi kepada pesakit yang dirujuk oleh doktor.
d) Untuk memberi latihan praktikal katering dan ‘internship’ dietetik kepada pelatih dari Institusi Pendidikan Tinggi.
e) Untuk mengalakkan penglibatan di dalam kajian serta penyelidikan katering dan dietetik klinikal / dietetik komuniti mengikut keperluan demi peningkatan mutu perkhidmatan.

 

iii. Sumber Manusia

Jabatan Dietetik Dan Sajian, Pusat Jantung Sarawak terdapat 11 orang anggota seperti berikut:
• Pegawai Dietetik U48 -1 orang
• Pen.Pegawai Penyediaan Makanan C29/C32 – Kosong (Telah Berpindah)
• Pembantu Penyediaan Makanan – 10 orang (termasuk yang bergaji hari).

 

iv. Fungsi Utama

Fungsi utama Jabatan Dietetik Dan Sajian Pusat jantung Sarawak adalah memberi khidmat nasihat pemakanan (Dietetics Clinical) untuk pesakit dalam wad dan memberi perkhidmatan makanan diet teraputik dan diet normal kepada pesakit mengikut jenis diet yang dipesan.

 

v. Perkhidmatan-perkhidmatan

Perkhidmatan Sajian

• Diet akan dibekalkan berdasarkan pesanan yang diterima dari wad. Jenis diet, sama ada diet normal atau diet teraputik akan ditentukan oleh Pegawai Dietetik atau doktor.

• Ibu yang menemani anak di wad kanak-kanak, iaitu MAC ( mother accompanying child ) akan dibekalkan diet kelas tiga. Rujukan: Bil(55)dlm.KKM 203/18 Jld. 3, bertarikh 12hb Disember 2001, Pengecualian caj bagi kes-kes ibu/penjaga menemani anak di wad atau ‘mother accompanying child’ (MAC).

• Doktor yang bertugas atas panggilan di hospital, akan dibekalkan diet kelas satu. Rujukan: Bil(39)dlm.KKM-58/054/4, bertarikh 12hb Januari 1983, Minuman dan makanan bagi pegawai-pegawai perubatan dan doktor siswazah.

• Latihan praktikal katering akan diberi kepada pelatih katering dan pelatih dietetik dari Institusi Pendidikan Tinggi mengikut keperluan dan kelulusan.

• Penglibatan dalam kajian serta penyelidikan demi perkembangan teknologi katering dan peningkatan mutu perkhidmatan makanan.

 

Perkhidmatan Dietetik

• Pesakit yang dirujuk oleh doktor kepada Pegawai Dietetik akan diberi khidmat ‘medical nutrition therapy’ dengan menggunakan ‘nutrition care process’ yang merangkumi ‘nutrition assessment, nutrition diagnosis, nutrition intervention dan nutrition monitoring & evaluation’ termasuk dokumentasi.

• Perkhidmatan memberi ceramah, latihan, pendidikan berterusan dan khidmat pakar rujuk akan dikendalikan mengikut keperluan.

• Latihan ‘internship’ dietetik akan diberi kepada pelatih-pelatih dietetik dari Institusi Pendidikan Tinggi mengikut keperluan.

• Penglibatan dalam kajian serta penyelidikan sejajar dengan keperluan klinikal atau perkhidmatan.

 

vi. Waktu Klinik / Operasi

Klinik Dietetik: Hari Selasa dan Rabu, kecuali Cuti Umum 9.00 Pagi hingga 12.00 Tengahari

Unit Sajian: Setiap hari bermula dari jam 6.00 Pagi hingga 6.30 Petang.

 

vii. Maklumat Jabatan

Jabatan Dietetik dan Sajian, Pusat Jantung Sarawak memberi perkhidmatan dietetik klinikal kepada pesakit yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan.
Kami juga menyediakan perkhidmatan makanan kepada pesakit di semua wad dan unit seperti CCU, CICU, CRW, CTW, HDU, GERIATRIC, Urology dan Daycare.

 

viii. Fasiliti

-Membekalkan makanan pesakit secara berpusat, iaitu makanan diagihkan secara individu di Unit Sajian.
-Kemudahan sistem pengagihan makanan ke wad-wad dengan Sistem Tray Line di mana makanan dihidangkan secara berpusat (Centralised System) selain kemudahan pejabat dan peralatan dapur.

 

ix. Pencapaian

JDS sedang dalam proses menutup Corrective Action Requests (CARs) sebanyak 7 perkara bagi mendapatkan pensijilan Good Manufacturing Practice (GMP).

 

x. Penyelidikan

JDS terlibat dalam pengiraan nutrien dalam pemakanan subjek-subjek penyelidikan yang dijalankan oleh pihak CRC.

JDS juga menyediakan diet bagi subjek-subjek tersebut mengikut menu yang diperlukan bagi hari-hari penyelidikan dijalankan.

 

xi. Beban Kerja

Perkhidmatan Dietetik Klinikal

Perkhidmatan Sajian Makanan