JABATAN PEDIATRIK KARDIOLOGI

PENGENALAN / LATAR BELAKANG JABATAN

Jabatan Radiologi adalah salah satu jabatan di dalam Direktori Perkhidmatan Diagnostik & Sokongan Klinikal. Peranan utama Jabatan Radiologi ialah memberi perkhidmatan diagnostik dan intervensional yang sesuai, tepat, selamat, bermutu dan efisien kepada pesakit. Ini termasuk penggunaan modaliti-modaliti yang menggunakan sinaran mengion (x-ray) mahupun modaliti-modaliti lain seperti MRI dan ultrasound. Jabatan Radiologi juga turut bekerjasama dengan jabatan-jabatan lain di hospital dan fasiliti-fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang lain untuk memastikan perkhidmatan kesihatan negara dapat dicapai mengikut piagam jabatan, kementerian dan aspirasi negara.

 

 FUNGSI / PERKHIDMATAN

Jabatan Radiologi Pusat Jantung Sarawak bertanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan kepada pesakit daripada wad-wad, klinik pakar, Unit Kecemasan & Trauma dan dewan bedah. Perkhidmatan radiologi di jabatan ini lebih memfokuskan pemeriksaan radiologi untuk perkhidmatan kardiovaskular, namun jabatan ini juga turut menyediakan pemeriksaan radiologi am.

 

SKOP PERKHIDMATAN:

  • Menyediakan/memberikan perkhidmatan pemeriksaan radiologi untuk pesakit dalam/ luar.
  • Menyediakan/memberikan perkhidmatan pemeriksaan radiologi untuk pesakit luar yang dirujuk dari fasiliti-fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia.

Antara perkhidmatan pemeriksaan radiologi yang disediakan adalah seperti:

·         Radiografi Am ·         Tomografi Berkomputer (CT Scan)
·         Angiografi ·         Fluroskopi Am
·         Pengimejan Resonan Magnetik (MRI) ·         Ultrasound