JABATAN PATOLOGI

1.  Lokasi: Tingkat 1 (Makmal Integrasi) dan Tingkat 2 (Makmal Jabatan pesakit Luar (OPD Lab).

2. Nama Ketua: En. Jelin Nioi

3. Pengenalan:

Jabatan Patologi Pusat Jantung Sarawak menyediakan perkhidmatan makmal diagnostik bagi Hematologi, Patologi Kimia, Transfusi Perubatan dan Mikrobiologi Perubatan kepada pelanggan dalaman di Pusat Jantung Sarawak dan orang awam di bahagian Kota Samarahan.Ia merupakan salah satu daripada perkhidmatan sokongan klinikal yang penting yang mempunyai sebanyak 26 orang kakitangan yang diketuai oleh seorang Pegawai Sains (Kimiahayat) Kanan C52, seorang Juruteknologi Makmal Perubatan Kanan U38,tiga orang Juruteknologi Makmal Perubatan U32 , dua orang Juruteknologi Makmal Perubatan U32(KUP), 19 orang Juruteknologi Makmal Perubatan U29 serta 3 orang Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK).Terdapat dua buah makmal di bawah Jabatan patologi iaitu Makmal Integrasi di tingkat 1 dan Makmal Jabatan pesakit Luar (OPD Lab.) di tingkat 2 yang dilengkapi dengan peralatan makmal yang canggih seperti Architect c8200i, ACL 9000,Cell Dyne ,Sysmex dan lain-lain lagi bagi menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk perawatan pesakit.Makmal ini menyediakan perkhidmatan 24 jam bagi ujian rutin biokimia, hematologi, mikrobiologi dan transfusi darah sementara perkhidmatan makmal klinikal hanya pada waktu pejabat sahaja.

Masa Beroperasi:

Jabatan Patologi memberikan perkhidmatan sokongan semasa waktu pejabat seperti berikut:

Isnin-Khamis:8.00am-1.00pm
                         2.00-5.00pm
Jumaat :8.00-11.45am
                2.15-5.00pm
Selepas waktu pejabat,cuti hujung minggu dan hari kelepasan am,perkhidmatan makmal akan dijalankan secara tugas atas panggilan untuk Ujian Kecemasan(STAT) dan Transfusi Darah.

4. Objektif:

- Menyediakan perkhidmatan makmal perubatan yang merangkumi diagnostik dan khidmat nasihat.
-Membekalkan darah dan produk darah yang selamat kepada pesakit.
-Memastikan semua keputusan ujian darah boleh digunapakai secara klinikal.
-Memperkenalkan teknik dan ujian baru untuk pendignosaan yang lebih cepat dan tepat.
-Membantu dalam penyelidikkan klinikal yang berkaitan.
-Melaksanakan aktiviti-aktiviti Quality Assurance dan Quality Improvement.
-Memberi perkhidmatan teknikal melalui komunukasi yang berkesan kepada pelanggan.

5. FungsiUtama:-Unit Biokimia,unitHematologi,Transfusi Darah dan unit Mikrobiologi

6. Perkhidmatan yang Disediakan:

A. Unit Biokimia-ujian biokimia rutin & penganalisaan hormon

B.UnitHematologi-Ujian FBC,FBP,D-Dimer,Ujian profail koagulasi

C. Unit Transfusi Darah-Ujian Pre-Transfusi darah (GSH), Ujian cross-matching(X-match),membekalkan darah dan komponen darah

D.UnitMikrobiologi-ujian kultur dan sensitiviti untuk sampel darah,urin,najis ,cecair badan dan lain-lain.

E. Makmal Klinikal (Makmal pesakit luar)-pengambilan darah dan spesimen dari pesakit luar.

F. Kaunter  Spesimen :- Penerimaan spesimen dan borang perkhidmatan, merujuk ujian ke makmal rujukan dan membekalkan bekalan stok ke wad.

8. Aktiviti: -Menjalankan ujian kawalan mutu dalaman (Internal QC) dan kualiti luaran(External QC)-RCPA bagi  menjamin  keputusan  ujian  diagnostik  yang  berkualiti.

-Mengaplikasikan sistem  Laboratory Information  System(LIS)  bagi pengaliran data ujian dan rekod keputusan makmal pesakit yang lebih cepat  dan sistematik .