JABATAN FISIOTERAPI

  1. LATAR BELAKANG UNIT

Unit serta perkhidmatan fisioterapi secara rasminya telah dimulakan di Pusat Jantung Sarawak (PJS), Kota Samarahan pada 1hb Januari 2011.

Pada 1hb April 2016 Pusat Jantung Sarawak diwujudkan sebagai satu entiti yang mempunyai PTJ dan Pengarah Hospital tersendiri. Maka dari aspek pengurusan dan kewangan untuk fisioterapi ianya akan diurus di peringkat pengurusan PJS.

 

 2. OBJEKTIF

Membekalkan perkhidmatan perawatan dan pemulihan fisioterapi terkini kepada klien Pusat Jantung Sarawak dan masyarakat berdekatan bagi menambah-baik kesihatan serta kualiti hidup harian mereka.

  • Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan warga hospital serta masyarakat tentang peranan dan sumbangan Fisioterapi.
  • Menggalakan Ahli Fisioterapi menambah ilmu pengetahuan serta kemahiran dalam bidang rehabilitasi melalui proses pembelajaran di peringkat lebih tinggi atau pos basik.
  • Sentiasa berusaha untuk memupuk kerjasama dengan unit lain dalam usaha meningkatkan penyampaian perkhidmatan agar lebih berkesan.

 

 3. SUMBER MANUSIA

Unit Fisioterapi PJS sekarang mempunyai seramai 11 orang kakitangan. Walaubagaimanapun, satu jawatan pegawai pemulihan perubatan (PPPF) dan satu jawatan Jurupulih Perubatan Fisioterapi (JPF) masih belum diisi.       

            3.1 PERJAWATAN DAN PENGISIAN PERJAWATAN PJS

 

BIL

JAWATAN SEDIADA

JUMLAH

PENGISIAN

KEKOSONGAN

1

PPPF U48

1

0

            1

2

PPPF U44     

1

1

            0

3

PPPF U41

1

1

            0

4

JPF U36

1

0

            1

5

JPF U32

1

1

            0

6

JPF U29

7

7

            0

7

PPK U3

1

1

            0

Jumlah besar

13

11

2

PPPF        - Pegawai Pemulihan Perubatan Fisioterapi

JPF           - Jurupulih Perubatan Fisioterapi

PPK          - Pembantu Perawatan Kesihatan

 

          3.2 CARTA ORGANISASI

  1. FUNGSI UTAMA

Setakat masa kini, perkhidmatan fisioterapi di PJS hanya memberi tumpuan kepada perawatan dan pemulihan bagi displin kardiak dan geriatrik. Perkhidmatan ini amnya boleh di bahagikan kepada dua bahagian besar, iaitu

a) Pesakit dalam

b) Pesakit Luar

  1. PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN

Skop perkhidmatan bagi displin kardiak dan geriatrik adalah seperti dibawah:

i) Kardiak

  • Program kardiak mempunyai tiga Fasa, iaitu CRP Fasa I,CRP Fasa II, CRP Fasa III
  • Bagi pesakit dalam di wad-wad kardiologi dan kardiothorasik mereka akan menjalani Kardiak Rehabilitasi Fasa I
  • Manakala Fasa II & III dilakukan untuk pesakit yang telah discaj daripada wad dan datang sebagai pesakit luar.

 ii) Geriatrik

  • Pesakit yang masuk di wad-wad geriatrik akan diberi rawatan dan rehabilitasi fisioterapi di wad masing-masing.
  • Lawatan ke rumah (Home visit) oleh kumpulan geriatrik (Muti-displinary Geriatric team) sebelum discaj juga dibuat bagi pesakit yang terpilih sahaja berdasarkan keperluan. Lawatan ke rumah ini, sekiranya perlu dan penting boleh dilanjutkan selepas pesakit discaj dari hospital.
  • Bagi pesakit luar geriatrik, perawatan dan pemulihan akan dijalankan di bahagian OPD gymnasium.
  • Program “Balance class” juga diadakan pada setiap hari Isnin.

 iii)  “On-Call” / Kerja lebih masa

  • Kerja lebih masa / “On –call” telah diwujudkan untuk memberi rawatan dan pemulihan kepada pesakit dalam yang sangat memerlukan fisioterapi pada hari sabtu, ahad dan hari kelepasan am sahaja.
  1. WAKTU KLINIK / WAKTU OPERASI

            Waktu operasi Unit Fisioterapi

Isnin - Khamis 8.00am-1.00pm

2.00pm-5.00pm

Jumaat 8.00am-11.45am

2.15pm-5.00pm

Sabtu, Ahad & Cuti umum Tutup

 

  1. MAKLUMAT WAD/ RUANG OPD FISIOTERAPI

Di ruang Klinik/ Bahagian gymnasium, penggunaan khas adalah seperti berikut:

CRP Fasa II              - setiap hari Selasa & Khamis (8.00am- 1.00pm)

CRP Fasa III             - 6 MWT, setiap hari Rabu

Balance Class          - Setiap hari Isnin

  1. FASILITI

Unit Fisioterapi di bahagian gimnasium Pusat Jantung mempunyai peralatan yang diguna untuk menjayakan program rehabiltasi kardiak dan juga rehabilitasi geriatrik. Kebanyakan peralatan yang digunapakai sekarang adalah kepunyaan SIMC. Antara peralatan sedia-ada adalah seperti dibawah:

  • Treadmill
  • Static bicycle
  • Stepper
  • Shoulder wheel
  • Pulley system
  • Quadbench
  • Stair case
  • Parallel bar
  • Dumb bell
  • Cuff weight
  • Vital sign monitor with ECG
  • Infra red machine
  • Lain-lain peralatan rehabilitasi

 

  1. PENCAPAIAN            

Memandangkan unit fisioterapi PJS belum lama beroperasi, pencapaian setakat ini adalah dari aspek meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran Ahli Fisioterapi. Kita telah menghantar seorang Jurupulih Perubatan Fisioterapi  ke Hong Kong pada tahun 2012 selama dua minggu untuk mempelajari Rehabilitasi kardiak. Selepas itu, kita juga menghantar seorang lagi Jurupulih Perubatan Fisioterapi ke Singapura pada tahun 2014 selama dua minggu untuk mempelajari rehabilitasi geriatrik.

  1. PENYELIDIKAN

Kaji-selidik pertama bertajuk” Shoulder pain patients coming for physiotherapy at physiotherapy department, Sarawak General Hospital, Kuching - One centre retrospective study”  telahpun selesai dibuat. Dari penemuan kajian, didapati 70.3% pesakit yang menerima rawatan fisioterapi memang bertambah baik. Kajian ini pernah dibentang di 3rd MOH Physiotherapy Conference 2015 pada 7-9 september 2015 di New York Hotel, Johore Baharu, Johor.

Kaji-selidik kedua sekarang  dibuat oleh empat orang Pegawai Pemulihan Perubatan Fisioterapi bertajuk “Relationship between handgrip strength and health related quality of life of elderly patients attending physiotherapy clinic in public hospital in kuching district- a pilot study” sedang dilaksanakan. kajian ini juga mendapat “ Research grant” daripada NIH kementerian kesihatan malaysia.

                                                                                                                   

  1. BEBAN KERJA

Jumlah pesakit (Kardiak & Geriatrik) secara menyeluruh bagi tahun 2012 hingga 2015 menunjukan peningkatan.