JABATAN FARMASI

PENGENALAN

Jabatan Farmasi Pusat Jantung Sarawak dipertanggungjawabkan memberi perkhidmatan Farmasi kepada pesakit luar dan pesakit dalam. Mula beroperasi pada tahun 2011. Menyediakan perkhidmatan Farmasi kepada pelbagai jenis aktiviti dan program di Pusat Jantung Sarawak.

Memberikan perkhidmatan bekalan Farmaseutikal kepada aktiviti penyelidikan, perubatan geriatrik, kesihatan asas, rawatan rehabilitasi, klinik berhenti merokok, rawatan susulan radioterapi, program pergigian dan pelbagai unit yang lain.

 

VISI

Menerajui Perkhidmatan Farmasi yang Terbaik melalui Tenaga Kerja yang Berdaya Saing dan Teknologi Bersesuaian demi Kesihatan dan Kesejahteraan Negara.

 

MISI

Menerajui Perkhidmatan Farmasi yang dinamik dengan memberi penekanan pada tahap kewibawaan yang tinggi, profesionalisme dan kecemerlangan, sejajar dengan aspirasi negara.

 

OBJEKTIF PERKHIDMATAN FARMASI PUSAT JANTUNG SARAWAK

  1. Memastikan semua perkhidmatan Farmasi Klinikal yang merangkumi perkhidmatan Farmasi Wad, Rawatan Pemulihan Kardiak, Penyelidikan Klinikal, Perkhidmatan Kaunseling Ubat dan Promosi Kesihatan adalah bersesuaian, cekap, serta berkesan untuk pesakit.
  1. Memastikan semua Keluaran Farmaseutikal dan Produk Kesihatan adalah berkualiti, selamat , berkesan dan dikawal mengikut undang-undang berkaitan serta digunakan secara rasional dan efisien.

 

PERKHIDMATAN FARMASI PESAKIT LUAR

 

OBJEKTIF

  1. Membekalkan ubat kepada pesakit-pesakit daripada klinik pakar dengan lebih berkesan dan efisien.
  1. Memastikan semua pesakit sentiasa dibekalkan dengan ubat yang mencukupi.

 

KAUNSELING UBAT

Kaunseling ubat ialah satu proses penyampaian maklumat-maklumat tentang ubat kepada pesakit atau penjaga dan penilaian kefahaman pesakit yang telah diberi sesi kaunseling.

 

KLINIK WARFARIN -  MEDICATION THERAPY ADHERENCE CLINIC (MTAC) WARFARIN

Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC) Warfarin ialah perkhidmatan penjagaan ambulatori yang dijalankan oleh pegawai farmasi dengan kerjasama pegawai perubatan dan kumpulan sokongan penjagaan kesihatan untuk membantu pesakit yang menerima terapi warfarin.

Perkhidmatan ini melibatkan kolaborasi di antara Pegawai Farmasi dan Pegawai  Perubatan di dalam memberi penjagaan farmaseutikal kepada pesakit. MTAC dilaksanakan oleh Pegawai Farmasi dengan menjalankan pemonitoran terapi ubat- ubatan dan pemberian maklumat kepada pesakit dengan meningkatkan pemahaman pesakit tentang rawatan farmakoterapi dan memberikan motivasi agar pesakit mempunyai persepsi yang positif tentang penyakit dan rawatan yang diterima. Perkhidmatan ini juga melibatkan rundingan secara klinikal, dan pengubahan dos.

Sila rujuk Pamplet Perkhidmatan Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC) Warfarin yang dilampirkan:

http://www.pharmacy.gov.my/v2/sites/default/files/document-upload/warfarin-protocol.pdf

https://www.youtube.com/watch?v=EQ-JHTX1H48

 

PERKHIDMATAN UBAT MELALUI POS 1MALAYSIA (UMP1MALAYSIA)

 

UMP1M adalah perkhidmatan pembekalan ubat susulan terus ke lokasi pilihan pesakit menggunakan syarikat kurier dengan caj kiriman minima.

Kepada pelangan yang berminat dengan perkhidmatan ini, sila berhubung terus ke kaunter farmasi untuk mendapatkan nasihat. Borang akan disediakan untuk mendapatkan maklumat alamat pos dan pengesahan kebenaran menghantar bekalan ubat susulan melalui poslaju.

 

OBJEKTIF:

  1. Memastikan ubat dihantar terus ke lokasi pilihan.
  2. Menjamin kesinambungan bekalan ubat.
  3. Menyelesaikan masalah kesuntukan masa.
  4. Menjimatkan kos perjalanan.

Sila rujuk Pamplet Perkhidmatan Ubat Melalui Pos 1Malaysia yang dilampirkan.

http://www.pharmacy.gov.my/v2/sites/default/files/document-upload/pamphlet-ump1m-baru.pdf

SISTEM PEMBEKALAN UBAT-UBATAN MELALUI (SPUB)

SPUB merupakan perkhidmatan di mana pesakit boleh mendapatkan baki bekalan ubat seterusnya dari mana-mana fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Sila rujuk sambungan berikut:

http://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/entri/sistem-pendispensan-ubat-bersepadu-spub.html

 

PERKHIDMATAN FARMASI PESAKIT DALAM

FARMASI PESAKIT DALAM

Farmasi Pesakit Dalam telah diwujudkan untuk membekalkan perkhidmatan farmasi kepada pesakit di dalam wad dan pesakit discaj (keluar dari hospital). Pesakit yang menerima rawatan akan mendapatkan pembekalan ubat disamping itu, mereka juga akan diberikan khidmat kaunseling pengubatan yang merangkumi perkhidamtan Farmasi Klinikal. Pembekalan ubat-ubatan adalah secara ‘Unit-Of-Use’, ‘Floor Stock/After Office Hour Stock/ Emergency Trolley Stock’ dan “Unit of Dose”.

 

OBJEKTIF

  1. Membekalkan ubat kepada pesakit-pesakit di wad dengan lebih berkesan, rational dan effisien.
  1. Memastikan semua unit pemesan dibekalkan dengan bekalan ubat-ubatan yang mencukupi.

 

PERKHIDMATAN FARMASI WAD

Perkhidmatan Farmasi Wad merupakan salah satu cabang dari Unit Perkhidmatan Farmakokinetik Klinikal (Clinical Pharmacokinetic Services). Tugas-tugas Pegawai Farmasi Wad adalah menemubual pesakit mengenai sejarah pengubatan untuk memastikan penggunaan ubat yang rasional dan selamat. Pegawai Farmasi Wad juga melibatkan diri semasa rondaan wad bersama dengan pakar dan pegawai perubatan yang lain, disamping itu memberi cadangan dalam mengurus preskripsi ubat-ubatan pesakit. Para pesakit akan menerima kaunseling mengenai ubat-ubatan mereka semasa berada di wad.

 

 

PERKHIDMATAN PESAKIT BAYARAN PENUH (PPBP)

Di bawah Perkhidmatan Pesakit Bayaran Penuh (PPBP), Jabatan Farmasi Pusat Jantung Sarawak menyediakan perkhidmatan seperti berikut:

  1. Penjagaan rutin farmasi klinikal di wad.
  1. Pendispensan dan kaunseling ubat.
  1. Penyediaan bil pembayaran PPBP untuk pembayaran di Unit Hasil
  1. Pembekalan ubat daripada Farmasi sekiranya pesakit memilih untuk membuat perolehan ubat preskripsi PPBP di Pusat Jantung Sarawak sendiri. Pembayaran perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum mendapatkan bekalan ubat.

 

AHLI FARMASI BERDAFTAR PENUH, PUSAT JANTUNG SARAWAK

  1. Lawrence Anak Anchah, M.Pharm, PhD, RPh 2527
  2. Wong Yii Ching, BCPS, RPh 8258
  3. Sim Pui Pui, RPh 5711
  4. Jane Frances Hui Ling Tan Khoo, RPh 6326
  5. Aaron Chang Chee Ming, RPh 6550
  6. Lee Chwen Wee, RPh 6617
  7. Ahmad Ramdani Bin Abd Manan, RPh 9346
  8. Lum Kah Yee, RPh 9349
  9. Caroline Chong Shiuk Yin, RPh 9934
  10. Lee Qian Jin, RPh 10068
  11. Sandra Anak Abi, RPh 10175
  12. Chan Pooi Yee, RPh 10824

PERKHIDMATAN FARMASI KLINIKAL (PENYELIDIKAN)

  1. King Teck Long, RPh 9310
    Pegawai Farmasi, Hospital Umum Sarawak
  1. Crystal Tan Sing Yee, RPh 10337
    Pegawai Farmasi, Pusat Jantung Sarawak

 

WAKTU OPERASI

Waktu operasi Jabatan Farmasi adalah seperti berikut:

 

UNIT FARMASI PESAKIT LUAR DAN UNIT FARMASI PESAKIT DALAM

Isnin - Jumaat: 8.00 pagi - 5.00 petang (WAKTU PEJABAT)

Sila ambil bekalan susulan ubat pada waktu pejabat.

 

BEKALAN WAD DAN KECEMASAN

Sabtu, Ahad dan Cuti Umum: 11.00 pagi - 1.00 petang (BUKAN WAKTU PEJABAT)

Dibuka pada Sabtu, Ahad dan Cuti Umum, untuk pesakit dimasukkan di wad ataupun discaj:

 

PENCAPAIAN

ANUGERAH

  • Overall Winner for Pharmacy R&D Challenge Trophy, 9th National Pharmacy R&D Conference 2016, Putrajaya
  • 1st  Place for Young Investigator Award, NCCR 10th National Conference for Clinical Research 2016, Kuala Lumpur
  • 2nd Place in Oral Presentation, Pharmacy Practice Competition Category, 8th National Pharmacy R&D Conference 2014, Shah Alam
  • 3rd Place in Oral Presentation, Others Category Competition Category, 8th National Pharmacy R&D Conference 2014, Shah Alam

 

PENULISAN (PUBLICATION)

  1. Cost Analysis on Ticagrelor Utilisation in the Treatment of Patients with Acute Coronary Syndrome. A Preliminary Study. Malaysian Journal of Pharmacy Vol. 2 Issue 1, November 2015, Page 1-11, ISSN 1675-3666
  1. Quality of Life among Patients with Acute Coronary Syndrome in Malaysia. Value in Health Regional Issues. 6C (2015) 80-83 (https://www.ispor.org/patient-reported-outcomes_acute-coronary-syndrome_Malaysia.pdf)
  1. Health Related Quality of Life Assessment in Acute Coronary Syndrome Patients: The Effectiveness of Early Phase I Cardiac Rehabilitation. Health and Quality of Life Outcomes. Lawrence Anchah, M.Pharm, Ph.D; Mohamed Azmi Hassali, M.Pharm, Ph.D; Melissa Lim Siaw Han, BPharm, MSc; Mohamed Izham Mohamed Ibrahim, M.Pharm, Ph.D; Sim Kui Hian, MBBS, FRCP, FACC, FESC; Ong Tiong Kiam, MBBS, FRCP, FACC, FESC), (19 Nov 2015; under review, HQLO-D-15-00503R)
  1. Thrombin And FXa Plasma Concentration Levels In Patients With Atrial Fibrillation On Long Term Warfarin Therapy. Asean Heart Journal Vol. 22, no.1, 20-29; 2014. (http://www.globalsciencejournals.com/article/10.7603%2Fs40602-014-0005-1#/page-1)
  1. Azmi, L. Anchah, A. Goh, A. Fong, PCV134 - Health Utility Of Acute Coronary Syndrome Patients From An Asian Population, Value in Health, Volume 17, Issue 7, November 2014, Page A496, ISSN 1098-3015, http://dx.doi.org/10.1016/j.jval.2014.08.1478.

(http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S1098301514034081)

  1. Melissa S.H. Lim, Lawrence Anchah, Wen Ni Tiong, Felicia Y.Y. Chin, Melissa Mejin, Lee Len Tiong, Khai Liy Kong, Siaw San Hwang, Tiong Kiam Ong, Alan Y.Y. Fong, PT361 The Relationship of Thrombin And Factor Xa With The Time In Therapeutic Range In Patients on Long Term Warfarin Therapy, Global Heart, Volume 9, Issue 1, Supplement, March 2014, Pages e238-e239, ISSN 2211-8160,

http://dx.doi.org/10.1016/j.gheart.2014.03.2084.

(http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S2211816014021061)

  1. Lee Len Tiong, Yanti N. Sani, Pui Pui Sim, Kent Ter Lau, Siti Nadiah Rusli, Ming Ying Ku, Alan Y.Y. Fong, Lawrence Anchah, Tiong Kiam Ong, PM223 Prevalence of High On-Treatment Platelet Reactivity To Aspirin In Patients With Stable Coronary Artery Disease, Global Heart, Volume 9, Issue 1, Supplement, March 2014, Page e108, ISSN 2211-8160,

http://dx.doi.org/10.1016/j.gheart.2014.03.1603.

(http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S2211816014016251)

  1. Prevalence of Aspirin Low Responders in A Multiethnic Asian Cohort Pretreated with Aspirin and Planned for Elective Percutaneous Coronary Intervention in  International Journal of Cardiology 164(2):S2,  April 2013
  1. Trends of Platelet Inhibition in Different Clopidogrel Pretreatment Patterns in Malaysian Patients Undergoing Elective Percutaneous Coronary Intervention. in The Medical journal of Malaysia 68(4):326-331, August 2013
  1. CYP2C19 genotypes and their Impact on Clopidogrel responsiveness in percutaneous coronary intervention. IJCP 2013
  1. Prevalence of aspirin low responders in a multiethnic Asian cohort pretreated with aspirin and planned for elective percutaneous coronary intervention. M. Mejin, C.C. Wee, W.N. Tiong, A.Y.Y. Fong. Article · Apr 2013 · International Journal of Cardiology. Article in International Journal of Cardiology 164(2):S2, April 2013. DOI: 10.1016/S0167-5273(13)70531-X
  1. Azmi, L. Anchah, A. Goh, A. Fong, PCV78 Comparing Quality of Life in a Malaysian Post Acute Coronary Syndrome Population Using Eq-5D Utility Tariffs from Different Countries, Value in Health, Volume 15, Issue 4, June 2012, Page A126, ISSN 1098-3015,

http://dx.doi.org/10.1016/j.jval.2012.03.681.

(http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S1098301512007462)

  1. Cytochrome P450 2C19 Polymorphism and Platelet Aggregation in Clopidogrel-treated Patients among Malaysian Multiethnic Population. Conference Paper in Heart (British Cardiac Society) 98(Suppl 2), October 2012
  1. Anchah L., Izham M., Sim K.H., Alan F.Y.Y., Yanti N.S., Tiong L.L., Bibi F.M.S., Azmi A.H., Yahaya H. (2010). The Economic and Humanistic Outcomes of Post-Acute Coronary Syndrome in Cardiac Rehabilitation Program: A quasi-experimental design of 12-month follow-up: In : Free paper presentation session at the National Heart Association of 14th Annual Scientific Meeting 2010, 9/11 April 2010, Hilton Hotel, Kuala Lumpur : Allied Health Category (Free paper oral presentation, FP 1.1), and published in Medical Journal of Malaysia; Abstracts of National Heart Association of Malaysia, Vol: 65 No.3 September 2010
  1. Anchah L., Sim K.H., Izham M.M., Fong A.Y.Y., Sani Y.N., Tiong L.L., Salleh B.F., Hassali M.A., Hassan Y., Tang K.S.L., Hii A.C., Sii L.N. (2010). The Effect of Clinical Pharmacy Based Phase I Cardiac Rehabilitation on Quality Of Life Recovery in Patients with Post Acute Coronary Syndrome: In : Poster presentation session at The 10th Asian Conference on Clinical Pharmacy (ACCP) 2010, 9/12 July 2010, Grand Copthorne Waterfront Hotel, Singapore: Clinical pharmacy / pharmacy practice category (Poster no: ACCP10-305)