JABATAN ANESTESIOLOGI & PERFUSI

  1. Latar Belakang Jabatan

Kardiotorasik Anestesiologi Dan Perfusi / Cardiothoracic Anaesthesiology And Perfusion

Sejarah Penubuhan:

Bermula dengan kes pertama pembedahan jantung (ASD Closure) pada 25 Oktober 2001 di Dewan Bedah Am Hospital Umum Sarawak. Pada 2011, perkhidmatan ini berpindah ke Dewan Bedah, Aras 3, Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan.

 

  1. Objektif

Objektif utama unit ini adalah memastikan pemberian anesthesia dan perfusi kepada pesakit-pesakit berada pada tahap kemahiran yang tinggi dan selamat agar dapat membina kepercayaan masyarakat terhadap perkhidmatan ini. Adalah menjadi harapan kami agar hospital ini akan menjadi pusat rujukan utama bagi perawatan jantung . Pusat Jantung Sarawak adalah pusat rujukan perawatan jantung untuk KKM bagi Sarawak.

  1. Sumber Manusia

 

Ketua Jabatan

Dr Hasmizy Bin Muhammad

Konsultan Dan Pakar Bius

Dr Hanafi Bin Sidik

Dr Siti Baiduri Binti Busrah

 

Pegawai Perubatan

Dr Nurul Afiqah Binti Mohd Yusuff

 

Penolong  Pegawai Perubatan

Rosedy Anak Tiyut

Nasir Bin Ali

Mohammad Aziz Bin Mohammad  Zaini

Nik Zulfattah Bin Nik Hussin

Andy Sherman Khung

Edward Laslie Anak Wendah

Jay Jay Fernandez Anak Angking

Yusoffie Bin Yusop

Julius Guang Anak Dunggat

 

Jururawat

Dority Anak Resa

Siti Fairus Binti Musa

Frank Herman Anak Valentine

Abdul Hadi Bin Haba

Evlin Anak Juwun

 

Penolong Perubatan Kesihatan

Rahaman Bin Edi

Adwin Anak Nikom

 

  1. Fungsi Utama

Perkhidmatan  Kardiotorasik terdiri dari perkhidmatan  3 jabatan/unit yang penting :

  • Jabatan Kardiologi
  • Jabatan Pembedahan Kardiotorasik
  • Anestesiologi Kardiotorasik dan Perfusi (KAP)

Kejayaan perkhidmatan ini bergantung kepada kebolehan 3 komponen ini untuk bekerjasama. 

Fungsi utama Jabatan Kardiotorasik Anestesiologi Dan Perfusi ialah:

  • Memberikan perkhidmatan anaesthesia kepada pesakit yang akan menjalani pembedahan elektif atau kecemasan.
  • Perkhidmatan perfusi kepada pesakit-pesakit yang memerlukan.
  • Perkhidmatan pain management kepada pesakit-pesakit yang memerlukan
  • Perkhidmatan rawatan rapi kepada pesakit-pesakit yang memerlukan.

 

  1. Perkhidmatan-Perkhidmatan

Perkhidmatan yang diberikan adalah seperti berikut :

  • Perkhidmatan anesthesia dan perfusi di dewan bedah
  • Perkhidmatan anaethesia di ICL (Invasive Coronary Lab)
  • Perkhidmatan anesthesia, perfusi dan perawatan rapi untuk pesakit di Unit Rawatan Rapi Kardiotorasik (Cardiothoracic Intensive Care Unit) dan Coronary Care Unit
  • Memberi perkhidmatan bagi kes-kes rujukan wad yang memerlukan bantuan pernafasan.
  • Memberi perkhidmatan resusitasi dan pengendalian saluran pernafasan ke Unit Kecemasan.
  • Perkhidmatan Klinik Anaesthesia

 

  1. Waktu Operasi

Jabatan Kardiotorasik Anestesiologi Dan Perfusi menyediakan perkhidmatan 24 jam sehari dengan Pakar, Pegawai Perubatan dan Penolong Pegawai Perubatan bertugas atas panggilan (oncall) mengikut giliran

 

  1. Fasiliti

Jabatan Kardiotorasik Anestesiologi Dan Perfusi dilengkapi dengan fasiliti merangkumi dewan bedah di Aras 3 Pusat Jantung Sarawak. Terdapat 6 bilik pembedahan disediakan namun sehingga 2016 hanya 2 bilik pembedahan digunakan untuk pembedahan jantung dan 1 bilik pembedahan untuk pembedahan torasik/thoracic iaitu kes yang melibatkan paru-paru. Fasiliti lain yang berkaitan ialah Unit Rawatan Rapi Kardiotorasik (Cardiothoracic Intensive Care Unit) dan Coronary Care Unit. Fasiliti lain yang penting di dalam Jabatan Kardiotorasik Anestesiologi Dan Perfusi ialah bilik Haemodinamik dan Respiratori Lab.

 

  1. Pencapaian

 

  1. Penyelidikan
  • Poster presentation “ Unusual Left Atrium Thrombus” during the 8th Meeting of Asian Society of Cardiovascular Anaesthesiologist and the 14th Annual Meeting of Japanese Society of Cardiovascular Anaesthesiologist, 10-12 September 2009, Tokyo, Japan.
  • Paper presentationCongenital Heart Disease in Parturient: Two different outcomes “ at 6th Biennial Conference on Cardiopulmonary Bypass, 6-8 August 2010, Penang.
  • Poster presentation “Does Dexmedetomidine with Patient Controlled Analgesia Morphine Better Than Morphine Infusion Alone As a Post Operative Analgesia For Off Pump Coronary Artery Bypass Grafting Surgery- A Premilinary Report ” during World Congress Of Anaesthesiologist,25-30 March 2012.Beunos Aires, Argentina.
  • Paper presentationRight and Left Atrial Mass “ at 7th Biennial Conference on Cardiopulmonary Bypass, 28 June- 1 July 2012, Kuching, Sarawak, Malaysia.
  • Paper presentationDetermination of mitral valve area during mitral valve repair surgery for mitral stenosis using 3-dimensional transesophageal echocardiography “ at 7th Biennial Conference on Cardiopulmonary Bypass, 28 June- 1 July 2012, Kuching, Sarawak, Malaysia.
  • Poster Presentation “Cardiopulmonary Bypass Practice In Aortic Surgery At Pusat Jantung Sarawak: A Retrospective Study “ at 9th Biennial Conference on Cardiopulmonary Bypass, 21-24 July 2016, Royal Chulan Hotel, Kuala Lumpur.
  • Paper presentationAssessment Of The Depth Of Endotracheal Tube Inpediatric Using Fluoroscopy Technique: A Pilot Study“ at Malaysian Society Of Anaesthesiologist Annual Scientific Meeting,25-27 August 2016 at BerJaya Times Square, Kuala Lumpur.

 

  1. Beban Kerja

Bermula dari tahun 2011 sehingga 2016 Jabatan Kardiotorasik Anestesiologi Dan Perfusi telah terlibat di dalam 4,488 kes pembedahan jantung dan torasik/thoracic. Di dalam kes ICL pula, bermula tahun 2005 sehingga 2016 Jabatan Kardiotorasik Anestesiologi Dan Perfusi mengendalikan sebanyak 938 kes bagi ICL paediatrik. Bagi kes ICL dewasa pula bermula dari tahun 2012 sehingga 2016 ialah sebanyak 290 kes.