JABATAN PENGURUSAN

Jabatan ini bertanggungjawab memberikan perkhidmatan sokongan untuk merancang, membekal, membangun dan mempertingkatkan perkhidmatan-perkhidmatan pentadbiran personel, kewangan, latihan, kontrak dan bekalan, pembangunan, pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT), kualiti, kaunseling dan tatatertib bagi memastikan visi dan misi Kementerian Kesihatan Malaysia dapat dicapai.

Jabatan ini juga bertanggungjawab memastikan struktur organisasi Pusat Jantung Sarawak mempunyai keanggotaan yang optimum, produktif serta berkualiti. Malahan, turut bertanggungjawab dalam memastikan sumber tenaga terlatih menerusi latihan, serta mempunyai peruntukkan kewangan mengurus dan membangun yang mencukupi serta memastikan perkhidmatan bantuan sokongan dalam pelaksaan dasar-dasar, aktiviti-aktiviti perubatan dan pengurusan yang berkesan dan cekap sejajar dengan matlamat Kementerian.

Jabatan Pengurusan Pusat Jantung Sarawak diketuai oleh Pegawai Tadbir dan Diplomatik yang dinaungi oleh Pengarah Pusat Jantung Sarawak dan bahagian ini dibahagikan kepada 6 unit utama seperti berikut:

 

  • Unit Kewangan dan Akaun
    • Unit Kewangan

Unit Kewangan dan Akaun bertanggungjawab memastikan program pengurusan kewangan berjalan dengan lancar dan berkesan sejajar dengan matlamat jabatan menerusi kecekapan kawalan pengagihan kewangan yang telus.

 

  • Unit Pentadbiran Am dan Perkhidmatan
    • Unit Sumber Manusia
    • Unit Aset
    • Unit Latihan
    • Unit Registri

Berfungsi untuk mengurus dan memastikan semua aspek perkhidmatan kakitangan terurus serta lancar bermula dari lantikan baru sehingga Persaraan Wajib. Malahan turut memastikan semua perjawatan mempunyai butiran maklumat yang terkini. Unit ini juga turut menyelaras permohonan perjawatan baru,pindah butiran perjawatan dan pemansuhan jawatan. Unit ini juga bertanggungjawab dalam memantau kes-kes Tatatertib kakitangan dan urusan kemasukan data Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dan HRMIS bagi setiap kakitangan.

 

  • Unit Hasil

Unit Hasil merupakan satu unit sokongan dengan perkhidmatan utamanya adalah mengutip bayaran setelah bil disediakan dan rawatan telah diterima oleh pesakit. Setiap caj perubatan adalah  mengikut kadar yang telah ditetapkan bagi pesakit yang mendaftar sebagai pesakit dalam dan mengikut peraturan serta melaksanakan perintah Am, Perintah Fee (Perubatan) 1951, Pekeliling Kemajuan Awam, dan Arahan Perbendaharaan dalam setiap tugasan.

  • Unit Komunikasi Korporat

Unit Komunikasi Korporat berperanan mengurus jemputan ke majlis-majlis rasmi kerajaan, memberi Khidmat nasihat protokol, mengurus Aduan Awam, menyelaras majlis-majlis rasmi yang dihadiri oleh orang-orang kenamaan, mengurus dan menyelanggara kenderaan tetamu VIP ke Hospital dan menyebarkan maklumat dan aktiviti Jabatan

  • Unit Khidmat Pelanggan dan Telekomunikasi

Sejajar dengan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bilangan 1 Tahun 1991: Panduan Meningkatkan Kualiti Layanan Urusan dan Melalui Telefon, dan PKPA Bilangan 10 Tahun 1991: Panduan Mengenai Peningkatan Kualiti Perkhidmatan Kaunter, maka unit khidmat Pelanggan dan Telekomunikasi merupakan unit sokongan dan barisan hadapan yang sangat diperlukan. Unit ini menguruskan panggilan telefon menerusi operator hospital dan melayani pelanggan yang datang berurusan di kaunter lobi utama pengurusan hospital. Unit ini juga  bertanggungjawab mengumpul dan mengurus maklumat berkaitan dengan kehendak dan harapan pelanggan serta memantau tahap kepuasan hati pelanggan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh hospital.

  • Unit Keselamatan

Unit Keselamatan menguruskan segala hal ehwal keselamatan Hospital dari segi prosidur dan pelaksanaan keselamatan fizikal, dokumen dan peribadi di jabatan. Malahan unit ini membantu memastikan syarikat Kawalan Keselamatan Swasta melaksanakan tugas-tugas dan prosidur yang telah dipersetujui serta memantau sebarang perlanggaran kontrak, dan menentukan lokasi/post keselamatan yang perlu diawasi.Unit ini juga menyelaras sebarang urusan-urusan berkaitan keselamatan dengan pegawai keselamatan Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia, Pejabat Ketua Pengarah  Keselamatan Kerajaan Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan lain-lain berkaitan.

  • Unit Teknologi Maklumat

Fungsi utama Unit Teknologi Maklumat ialah:-

  1. Mengurus dan merancang perkhidmatan ICT Pusat Jantung Sarawak
  2. Mengurus dan menyelenggara sistem rangkaian komputer PJS
  3. Mengurus dan menyelenggara sistem aplikasi dan emel rasmi
  4. Mengurus aset ICT
  5. Menyelenggara peralatan ICT dan memberi bantuan teknikal ICT